Sunday 4 December 2011

cemburu =='

Kali nie entry ak nak cite sikit pasal cemburu nie .

Kata-kata yang sering kita dengar adalah “I cemburu kerana I sayang”. Betul ke kalau sayang kena cemburu ? Kalau tiada perasaan cemburu tu maknanya tak sayang ke ? Bagaimana pula kalau cemburu tu sampai ketahap yang tak mampu dikawal dalam erti kata lain obses sehinggakan menyekat kebebasan pasangan . Pasti ada bezanya dalam menilai cemburu sayang dan cemburu buta kan.

CEMBURU SAYANG

Biasanya cemburu ni lebih kepada kemanjaan . Sekadar menegur pasangan secara gurauan . Namun emosi mampu dikawal dan tidak wujud perasaan agresif . Cemburu sayang ini mampu menambahkan kemesraan di antara pasangan .

CEMBURU BUTA

Perasaan cemburu yang terlampau sehingga langsung hilang kepercayaan pada pasangan . Sentiasa berfikiran negatif dan kalau boleh mahu berada di samping pasangan setiap saat . Mengawal setiap gerak geri pasangan . Malah boleh hilang kawalan sehingga mampu mencederakan pasangan .




Cemburu korang tergolong dalam kategori yang mana ? Kalau yang berada dalam kategori cemburu buta tu , cepat-cepat la celikkan mata , sebelum korang kehilangan si dia .

Ingatlah cemburu macam mana sekalipun , kalau ditakdirkan dia bukan milik kita , kita pasti akan kehilangan nya juga .